Isnin, 24 Disember 2012

Sinopsis : Salam Cinta




Sinopsis :
Mengisahkan Amirul (Kamal Adli), seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berfoya-foya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama.

Manakala Shuib (Syuk Balas) merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz.

Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan Haji Rahman (Abdul Razak Ahmad), seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata.

Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan Laila (Diana Amir), anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak yang memusnahkan semuanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

 

Blogger news

Blogroll

OneClick-Me